Showing posts with label PL berita. Show all posts
Showing posts with label PL berita. Show all posts
Friday, October 22, 2010
Islamic Fashion..Haktuihh!
Tengoklah korang video Islamic Fashion di Monte Carlo nie..memang kurang cerdik sangat la sapa yang menganjurnya..
Tuesday, October 19, 2010
Mendaulatkan Islam cara...anda teka sendiri la..
klik gambar untuk lebih besar
p/s: Inilah gamaknya rupa Islam yang dipimpin oleh pemimpin yang tidak berteraskan Islam sepenuhnya. Islam hanya pada nama..Wallahualam.
Rooney konfem blah Man U..ARGGH!!!
Argghh!!!sumpah PL tak dapat menerima kenyataan ini!pangai woo(bahasa Sarawak)..bayang kan..Rooney xde lam Man U..memang bkn Man U la jwb nya!huuhuuhuhu!papepon, korang tgk vdeo Fergie menkonfem kan Rooney blah dari Man U..cekidauk!
p/s: Sungguh PL tak percaya ekau sanggup meninggalkan Man U..harap2 Nani n Berbatov menyinar musim nie..
![]() |
| Sungguh PL tak percaya ekau sanggup blah dari Man U..sob3 |
Perkakas Dapur Yang Modern
Zaman sekarang nie mana ada mak2 korang nak pakai lesung batu lagi. Zaman sekarang nie hampir sumer benda dah canggih..termasok la perkakas kat dapur tu. Sampaikan PL pon penin camne nak pakai perkakas yang rupe dah tak macam perkakas dapur..hadoii!papepon, korang layan je pix kat bwh nie..chiakk!
Seni Di perbuat daripada Sampah
haha..lawak bebenor la pulok..yela..tadi entry pasal seni buah-buahan sekarang nie pulak PL nak show seni dari SAMPAH!haha,,jum layan..zass!
Wednesday, October 13, 2010
Penyokong Kelantan Mati ketika Perlawanan Bola Sepak
Berita pasal nie baru di sahkan tadi. Tadi dengar citer kematian berlaku disebabkan gaduh. Rupa-rupanya Allahyarham meninggal di sebabkan sesak nafas. Innalillah..
KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.
"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.
"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama.
Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.
Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek.
Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.
Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

